Semalam aku gi London, kami ber tolak dlm pukul 6:45 pagi.sampai pukul
9:00 pagi. Tempat yang pertama kami pergi ialah London Tower Bridge.
Lepas tu kami naik tube ke Trafagar square untuk melawat tempat nya yang cantik.
Di situ ada kolam, patung ikan duyung, patung singa,tugu tentera naik kuda dan tugu King George V.Selepas kami possing sakan kami kemudiannya pergi ke London Eye
tapi tak masuk ke dlm nya.
Lepas pergi London Eye dan kami pergi beli cenderamata seperti postcard dan lain-lain. Kami kemudiannya pergi ke Big Ben pula. Big ben tu ialah jam besar yang akan berbunyi setiap 15 minit. Selepas itu kami pergi melawat House of parliment Kami berehat sekejap di situ sambil makan-makan.Kemudian kami menaiki tube ke Buchingham Palace. Di situ kami dapat melihat Royal Guard sedang berkawat dalam istana tersebut, tapi kami tidak dibenarkan masuk ke istana itu. Tak dapat aku nak kacau Royal guard tu. Nanti bulan Sept baru dibenarkan pelawat masuk ke istana tersebut. Kami kemudiannya berehat di Green park yang tidak jauh dari situ. Kami berehat sekejap sebelum kami balik ke Tower Hill. Di situ aku sempat bermain air terjun dengan hambaly adikku.
Selepas itu kami pergi ke London Mousqe untuk sembahyang. Di situ kami sempat melihat orang Islam di sana membuat demonstrasi anti Israel. Kami kemudiannya bertolah pulang lebih kurang pukul 6.30 petang dan sampai di Coventry pukul 8.30 petang. Aku rasa sungguh seronok pada hari itu.



More picture click here